Cetak Rompak Membunuh Industri Perfileman Malaysia
Selamatkan industri perfileman Malaysia dengan melaporkan link yang mengandungi kandungan cetak rompak. Anda juga akan diberi ganjaran akaun VIP iQiyi!
#JANGAN
TONTONHARAM
Ancaman Kegiatan Cetak Rompak Kepada Industri
Industri Media dan Hiburan Malaysia (E&M) menganggarkan kerugian sebanyak RM3 bilion setahun dialami sektor berkenaan disebabkan oleh kegiatan cetak rompak. Ia berlaku setiap hari di seluruh Malaysia. Ia juga membabitkan kehilangan sebanyak RM157 juta cukai pendapatan selain mengakibatkan kehilangan ribuan peluang pekerjaan warga Malaysia di industri kreatif.
Ia adalah musuh utama pada industri ini dan melibatkan seluruh tenaga pekerja yang terlibat dari pelakon, penulis, penerbit, pengarah, jurugambar, ahli krew dan ramai lagi. Secara langsung, ia menghalang pembangunan industri, ekspresi kreatif dan peluang pekerjaan anak muda. Janganlah kita leka dan mengabaikan titik peluh seniman negara dengan kegiatan cetak rompak.

Kerajaan Malaysia Meningkatkan
Hukuman Membanteras Jenayah Cetak Rompak
Penggunaan, pemilikan dan pembekalan set-top box dengan perkhidmatan penstriman haram boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan denda:
Strim atau laman muat turun secara haram boleh dikenakan hukuman:
Prinsip Kempen #JanganTontonHaram
Sebagai syarikat striming terbaru di Malaysia, iQiyi berdiri bersama dengan industri kreatif tempatan dan memahami perjuangan yang mereka hadapi dalam memerangi cetak rompak.
iQiyi menggesa penonton untuk menonton kandungan original dan menyokong industri perfileman Malaysia, dan iQiyi berusaha untuk menyajikan kandungan ori tempatan, K-drama, C-drama, dan Anime yang gempak.
Cetak Rompak membunuh industri kreatif Malaysia dan menjejaskan pendapatan pihak produksi, artis, dan pembikin filem Malaysia. Hal ini lebih teruk disebakan pandemik yang turut menjejaskan pendapatan mereka.
Mesej Khas Dari Ikon-Ikon Malaysia
Penyokong
#JanganTontonHaram
Terutamanya dengan usaha kempen #HelloPoliceiQ yang menggalakkan penonton untuk melaporkan link cetak rompak dan memberi ganjaran kepada mereka yang melaporkan, ini tentunya merupakan usaha yang sangat baik dalam membendung cetak rompak. Dengan FINAS menubuhkan Digital Piracy Eradication Committee dengan sokongan kolektif dan penglibatan agensi penguatkuasaan undang-undang yang relevan, kami berharap cetak rompak akan dibanteras dan kesejahteraan industri filem Malaysia dapat dilindungi"


Creative Content Association Malaysia (CCAM), Chairman


Pelakon & Model
Pengarah Filem
Pengarah Filem
Penerbit
Pelakon
Pelakon
Pelakon
Penerbit
Free akaun VIP dan Cabutan Bertuah
