OBJEKTIF
Membanteras cetak rompak adalah salah satu dasar utama iQiyi. Dalam misi ini, kami memohon semua penonton mencegah kegiatan cetak rompak supaya industri kreatif di tanah air boleh terus berkembang. Untuk memastikan misi kami berjaya, iQiyi akan bekerjasama dengan industri dan organisasi media tempatan dan di seluruh dunia untuk mencegah jenayah cetak rompak.
Mengguna dan menonton media cetak rompak amat bahaya. Satu dari tiga laman web lanun boleh mendedahkan penonton kepada perisian berbahaya atau ‘virus’ – ia boleh mencuri maklumat peribadi dan kewangan, memudahkan pencurian ID, atau mengunci komputer untuk memeras ugut anda.
Cetak Rompak sudah lama membunuh industri filem Malaysia. Objektif iQiyi adalah untuk membanteras jenayah cetak rompak dengan pelbagai usaha. Selagi cetak rompak berleluasa, industri ini tidak akan berkembang. Bayangkan anda bosan duduk di rumah, tiada filem dan drama hebat untuk ditonton. Ini akan berterusan jika cetak rompak tidak dicegah.

Dinesh Ratnam
Country Manager of iQiyi Malaysia, Singapore & Brunei
Dalam DNA iQiyi, menolong industri dan pihak produksi filem dan drama Malaysia memang keutamaan. Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, “Kami menjemput penonton untuk mengambil bahagian secara proaktif dalam menghapuskan cetak rompak, dengan melaporkannya di jangantontonharam.com atau hashtag #HelloPoliceiQ di media sosial. Kami serius dalam initiatif ini, dengan memberikan langganan VIP secara percuma kepada semua yang melapor link cetak rompak di website tersebut.
Dengan melibatkan penonton dalam usaha ini, kami berharap dapat membunuh cetak rompak di pentas yang dipenuhi dengan jenayah ini — penontonan filem dan drama. Saya benar-benar percaya bahawa dengan penglibatan penonton dan kolaborasi industri, kita dapat melindungi industri filem, pihak produksi dan harta inteleknya dengan lebih baik.”